Ok, disini saya ingin menceritakan serba sedikit tentang keluarga saya yang tercinta. Saya berharap keluarga bahagia ini kekal sepanjang hayat!!!Doakan sama-sama ya!!!
-Bapa saya namanya Ahmad Zahudi Bin Lit. Beliau bertugas sebagai guru di Sauk,Perak. Beliau menjadi Penolong Kanan Ko-kurikulum di sekolah tempat beliau mengajar.
-Ibu saya pula Nor Azah Binti Ahmad. Beliau juga seorang guru di sekolah tempat saya belajar. Beliau mengajar di bahagian Pendidikan Khas.
-Saya kakak sulung. Saya dah perkenalkan diri saya tadi!Jadi, kita teruskan dengan adik-adik saya pula!!!
-Adik saya namanya Muhd Luqman Al-Hakim. Saya agak rapat dengan dia kerana apa-apa coklat yang dia beli mesti saya makan dulu. Baik hati juga orangnya.
-Hemm,, ni adik saya, perempuan. Namanya Ainuz Zahirah. Saya tidak suka sangat dengan dia kerana dia menjerit dengan suara yang kuat. Boleh pekak jadinya.
-Yang ini pula adik saya yang agak sensitif. Walaupun dia lelaki, tetapi dia suka menangis. Muhd Faezul Ikhwan namanya. Dia seorang yang suka berceloteh.
-Ini pula adik saya Aishatul Zuhairah. Mulut dia suka cakap tanpa henti. Dia boleh bertindak ganas sekiranya ada yang menghalang dia.
-Yang ini adik saya yang terakhir. Rasanya lepas ini tidak ada lagi. Namanya Fatimah Az-Zahra. Baru lahir tahun 2012 iaitu tahun ini. Pipinya merah gebu dan suka tersenyum...
Ok, sekian itu sahaja. Lain kali, saya akan muat naik gambar pula!!! Hargailah keluarga kita masing-masing!!!
No comments:
Post a Comment